PENGUMUMAN

Kepada para pelanggan setia baru dan lama, mulai bulan Mac 2012 terdapat kos penghantaran RM5 sahaja untuk penghantaran di sekitar Pulau Labuan, Jika tidak mahu, anda boleh memilih untuk mengambil coklat di rumah kami sahaja iaitu di Taman Layang-Layangan..alamat rumah kami akan beri kemudian...HARAP MAKLUM..terima kasih

Sewaan Chocolate Fountain


1. Sewaan mesin coklat : RM100/sehari.
2. Refundable deposit : RM150 yang akan dikembalikan jika mesin akan dipulangkan berkeadaan baik, motor berfungsi baik, auger dan tower tidak remuk dan patah.
3. Belian coklat dip : RM50/kg

**Kami menyediakan mesin coklat 3 tingkat yang memerlukan 2kg coklat untuk menghasilkan pancuran coklat yang penuh dan menarik.

Ayuh buat tempahan sekarang, tetamu anda pasti teruja!

"Chocolate Fountain yang pertama seumpamanya di Labuan..."

Wednesday, April 6, 2011

Apa itu coklat?



Sumber Foto : Loumanna

Coklat adalah nama sebuah makanan yang diolah dari biji koko.
Coklat umumnya diberikan sebagai hadiah atau pemberian pada hari-hari istimewa. Dengan bentuk, corak, dan rasa yang unik, coklat sering digunakan sebagai ungkapan terima kasih, simpati, atau prihatin hingga ke pernyataan cinta. Dari dahulu, coklat bukan bermula sebagai makanan (kecil), tetapi minuman dengan rasa yang istimewa.
Coklat dihasilkan dari koko (Theobroma cacao) yang mula-mula tumbuh di daerah Amazon utara melunjur ke Amerika Tengah yang berkemungkinan hingga ke Chiapas, bahagian paling selatan Mexico. Orang-orang Olmec memanfaatkan pokok tersebut dan, mungkin juga, membuat “coklat” di sepanjang pantai teluk di selatan Mexico sekitar 1000 tahun SM. Peradaban pertama yang mendiami daerah Meso-Amerika itu mula mengenal pokok “kakawa” yang buahnya digunakan sebagai minuman.
Sumber Asal : Wikipedia Coklat

0 comments:

Post a Comment