PENGUMUMAN

Kepada para pelanggan setia baru dan lama, mulai bulan Mac 2012 terdapat kos penghantaran RM5 sahaja untuk penghantaran di sekitar Pulau Labuan, Jika tidak mahu, anda boleh memilih untuk mengambil coklat di rumah kami sahaja iaitu di Taman Layang-Layangan..alamat rumah kami akan beri kemudian...HARAP MAKLUM..terima kasih

Sewaan Chocolate Fountain


1. Sewaan mesin coklat : RM100/sehari.
2. Refundable deposit : RM150 yang akan dikembalikan jika mesin akan dipulangkan berkeadaan baik, motor berfungsi baik, auger dan tower tidak remuk dan patah.
3. Belian coklat dip : RM50/kg

**Kami menyediakan mesin coklat 3 tingkat yang memerlukan 2kg coklat untuk menghasilkan pancuran coklat yang penuh dan menarik.

Ayuh buat tempahan sekarang, tetamu anda pasti teruja!

"Chocolate Fountain yang pertama seumpamanya di Labuan..."

Sunday, December 25, 2011

Tempahan doorgift untuk majlis perkahwinan Ainnur

Alhamdulillah, sahabat kami dari UMSKAL menempah oreo chocs edible image gambar mereka sendiri sebanyak 100 box. terima kasih

Saturday, December 10, 2011

Alhamdulillah...terima kasih semua!

Ambil berkat hari Jumaat 9 Disember 2011 akhirnya kami berjaya mendaftarkan perniagaan coklat dengan nama Chocoladenz Resources (LA0009787-A) di SSM Labuan.

Terima kasih Allah, restu mak ayah, keluarga dan pelanggan Chocoladenz membuatkan kami bersemangat dan seronok menambah rezeki dalam perniagaan coklat ini, Alhamdulillah...

Tentu sekali kami tidak lupa pada guru coklat kami kak Nowwa, terima kasih banyak-banyak.

Thursday, December 8, 2011

chocolate gift beg for cikgu Afizah

Amboi, speaking london pulak hari ini, ;) Kali ni tempahan untuk cikgu Afizah, bekas guru SK Rancha-Rancha, Labuan yang dapat bertukar ke Pulau Pinang, tahniah cikgu.

Cikgu Afizah memang pelanggan setia kami, dan selalu datang rumah ambil mangga..;) Kali ini beliau telah buat tempahan coklat untuk dibawa pulang ke kampung halaman, sayonara cikgu..semoga kita berjumpa lagi, InsyaAllah.

Wednesday, December 7, 2011

tempahan dari Scha, tanjung aru

Alhamdulillah, kami menerima tempahan dari pelbagai kawasan di Labuan, kali ini dari kawasan Tanjung Aru, berhampiran Lapangan Terbang Labuan. Memang seronok jika melihat kapal terbang berlepas dan mendarat disini,terasa ia hampir sangat diatas kepala.

Ok berbalik kepada Scha, seorang gadis manis 17 membuat tempahan coklat untuk teman istimewa.Semoga perhubungan berakhir dengan perkahwinan, InsyaAllah.


Tuesday, December 6, 2011

Facebook dan tempahan pelanggan

Maaf lama tak update blog kerana aktif update di facebook, anda boleh add kami 'chocoladenz venture' di facebook ye, :)

Alhamdulillah chocoladenz semakin dikenali di Labuan khasnya di UMSKAL. Kami telah melantik ejen khas iaitu adik Huda untuk memasarkan produk kami di UMSKAL.

Pemasaran melalui FB adalah amat memberangsangkan, baru-baru ini kami menerima tempahan dari rakan baru FB Dyanna Erry dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Labuan, Tema "friends forever", terima kasih.

Alhamdulillah....



Sunday, November 20, 2011

Tempahan dr Zafirah, USM Penang

Jauh kali ni coklat terbang ke Pulau Pinang, Zafirah order 20 bungkus coklat 2 pcs ...harga RM20 tidak termasuk kos pos.. terima kasih.

Friday, November 18, 2011

Katalog

Katalog Harga Coklat
**diskaun untuk tempahan 1000box keatas

Hanya nyatakan produk apa, inti apa dan berapa banyak yang anda mahu, anda boleh sms/dail 019-608-4369 atau email kami coklatsiti@gmail.com.


1 biji coklat lapis warna pink putih saiz M :RM2.00 ( dalam plastik), RM2.50 (dalam box emas)
Tempahan terhad kepada 20pcs untuk sekali tempahan


1 biji coklat lapis warna hijau saiz M :RM2.00 ( dalam plastik), RM2.50 (dalam box emas)
Tempahan terhad kepada 20pcs untuk sekali tempahan


2 biji coklat RM1.00 (dalam plastik)

2 biji coklat dalam plastik
RM1.00


2 biji coklat dalam box emas
RM1.60



36 biji coklat dalam tupperware
RM20


Oreo Chocs -atas bercorak (dalam box emas)
Dalam ada biskut Oreo
RM1.60





Oreo Chocs - edible image (gambar foto anak2/kahwin)
RM2.50







Oreo Chocs - edible image kartun


RM1.80





Lollichocs - pelbagai corak
RM1.60


Lollichocs - edible image kartun
RM1.60


Jambangan coklat 6pcs
RM20






Jambangan coklat 15 pcs
RM50





Oreo Chocs edible image utk raja sehari

Didalam bekas emas, berinti biskut oreo dan anda boleh letak gambar sendiri.
Nak print gambar anak, ibu bapa, logo pun boleh...edible image ni boleh dimakan.
RM2.50/box

Monday, October 31, 2011

chocoladenz dijemput untuk kongsi ilmu blog bisnes

Alhamdulillah, Chocoladenz telah dijemput untuk kongsi ilmu bagi buat blog bisnes. Program ini dianjurkan oleh kumpulan e-komuniti pelajar e-comm UMS KAL dibawah seliaan Cik Dayang.
Para peserta terdiri dari kaum ibu dibawah seliaan Jabatan Pembanginan Wanita Labuan.
Kami berpeluang membuat promosi kepada peserta yg terbabit dengan memberi sampel coklat percuma untuk semua yang hadir.

Tuesday, October 18, 2011

Tempahan kuntuman bunga coklat dari nurse Liza

Tempahan ini untuk perkahwinan adiknya di Semporna, Sabah.
Terima kasih.

Produk: 15 kuntum bunga coklat
Harga: RM25

Sunday, October 16, 2011

Coklat lapis berwarna Saiz M

Hanya RM1.00 sebiji(dalam plastik)
Inti boleh pilih.

Saturday, October 15, 2011

Kelas Buat Coklat

Apa yang anda dapat jika belajar buat coklat;
1. Food warmer
2. Spatula
3. Mangkuk stainless steel
4. 2 acuan coklat
5. Coklat-coklat yang anda hasilkan
6. Nota kelas coklat.

Harga pakej belajar RM300 sahaja..

**Sebelum mendaftar, buatlah solat istiharah dahulu, jika dapat jawapannya
barulah mendaftar,

Kami akan ajar sampai pandai...InsyaAllah.

Istimewa hanya 2 orang pelajar sahaja dalam setiap kelas.

Hubungi Emma 019-6084369/017-2840545.

Sunday, October 9, 2011

Tempahan dari Cikgu Margaret

Cikgu Margaret dari SK Rancha-Rancha merupakan pelanggan setia kami, ada saja tempahan dari beliau setiap bulan, syukran.....

Tempahan dari Alice

Alice dari Taman Mutiara buat tempahan sempena hari lahir anaknya, terima kasih Alice


Friday, September 30, 2011

Tuesday, September 13, 2011

Chocoladenz dibuka sepanjang tahun

Kami menerima tempahan sepanjang tahun.......rasa yg enak,halal sesuai dimakan bila-bila masa....
apa yang anda boleh lakukan dengan coklat kami?

  1.  Snek makan petang, dimakan bersama ahli keluarga sambil menonton televisyen
  2. Hadiah kepada yang tersayang, pada boss, pada majlis perpisahan (bunga gubahan)
  3. Cenderahati sempena hari kelahiran anak-anak, hari perkahwinan, bertunang
  4. Kuih raya di musim perayaan
  5. Dihias indah sebagai hantaran perkahwinan
  6. Sedekah pada anak-anak yatim, orang miskin..dapat pahala jugakan

Tuesday, August 16, 2011

Selamat Hari Raya dan selamat bercuti


Ramadhan dah nak sampai ke penghujung, malam lailatulqadar adalah malam yang lebih baik dari seribu bulan..banyakkan amal ibadah, banyakkan baca quran, bersedekah, qiamulail dan berdoa kesejahteraan untuk semua umat Islam dimuka bumi ini, InsyaAllah.

Adalah dimaklumkan kami akan pulang bercuti ke semenanjung pada 20hb Ogos - 7hb September 2011

Dengan ini saya ambil kesempatan mengucapkan selamat hari raya kepada guru coklat saya Kak Nowwa dengan ilmu coklat yang amat bernilai.

Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa, adik-beradik, rakan taulan dan istimewa buat pelanggan Chocoladenz. Alhamdulillah kami berjaya menyiapkan lebih kurang 85 box coklat raya dengan jayanya..mudah-mudahan pelanggan-pelanggan semua suka dan menikmati keenakan coklat raya Chocoladenz.

Bagi sesiapa yang berminat untuk mengikuti kelas buat coklat atau nak buat tempahan boleh la hubungi kami selepas 7hb September

Monday, August 1, 2011

Hadiah kelahiran pada Satu Ramadhan

Dari Ayin untuk tunang tersayang...hari kelahiran ikut kalendar Islam

Sunday, July 31, 2011

Jalan-jalan tepi pantai ketika air surut

Petang Ahad, iaitu hari terakhir sebelum menyambut ramadhan kami sempat berjalan-jalan di tepi pantai ketika air surut..pantai layangan ini hanya lebih kurang 500 meter dari rumah kami.

Abi dan Burhan


Syafiyyah main air

Maklang dan Husna


Menyusuri air surut... 


 Jenis gamat laut yang terdampar didataran laut yang surut

Mungkin boleh buat salah satu produk pelancongan Labuan, jalan-jalan di air surut...;) Pesisir pantai Layangan ini bentuk mukabuminya agak landai, dipenuhi karang-karangan laut yang mati dan mengeras menjadikan ia agak berbatu-batu..kalau nak jalan-jalan mesti pakai selipar takut luka tapak kaki. Ramai juga yang turun ke pesisir pantai ketika surut untuk mencari siput-siput panjang dan ikan-ikan yang tertinggal di permukaan air yang cetek.

Tempahan pra ramadhan

Alhamdulillah, sambutan coklat raya amat memberansangkan, ada yang tempah untuk dimakan sebelum bulan puasa lagi...:D
Tempahan dari ain, nak coklat putih..

 2 box coklat bentuk ketupat dari cikgu S.K. Pekan 2

Tuesday, July 19, 2011

Tempahan dari Ustaz Nik, Kota Kinabalu

Ustaz Nik dari Kota Kinabalu order 5 box coklat kuih raya pelbagai jenis, syukran jazilan ya Ustaz....:D

Tempahan Pertunangan Lutfi & Liya


Untuk VIP


Tempahan sebanyak 120 box untuk pertunangan anak jiran kami Liya dan pasangannya Lutfi, tahniah...

Chocoladenz bercuti-cuti Malaysia

 Depan bilik
 Ha yang ada rama-rama tu bilik kami
Restoran cloud 9 dari sisi bilik kami..

 Burhan menikmati keindahan pagi ciptaan Allah

 Subhanallah gunung kinabalu sayup-sayup nun jauh disana...

 Pandangan dari depan bilik, nampak gunung kinabalu


Itu gunung Kinabalu...

Kami bergambar di pintu masuk Kasihsayang Health Resort, di Menggatal Sabah..
http://kasihsayang.com.my
Kami disana selama 4 hari 3 malam ikut kakak berkursus, sejuk sangat resort ni sebab ia berada di atas banjaran Croker, pagi,petang,siang malam sejuk belaka..dari RM198 semalam... bagi sapa yang berminat nak lari dari kesibukan kota, memang direkomen...