Petang Ahad, iaitu hari terakhir sebelum menyambut ramadhan kami sempat berjalan-jalan di tepi pantai ketika air surut..pantai layangan ini hanya lebih kurang 500 meter dari rumah kami.
Maklang dan Husna
Menyusuri air surut...
Mungkin boleh buat salah satu produk pelancongan Labuan, jalan-jalan di air surut...;) Pesisir pantai Layangan ini bentuk mukabuminya agak landai, dipenuhi karang-karangan laut yang mati dan mengeras menjadikan ia agak berbatu-batu..kalau nak jalan-jalan mesti pakai selipar takut luka tapak kaki. Ramai juga yang turun ke pesisir pantai ketika surut untuk mencari siput-siput panjang dan ikan-ikan yang tertinggal di permukaan air yang cetek.
0 comments:
Post a Comment