PENGUMUMAN

Kepada para pelanggan setia baru dan lama, mulai bulan Mac 2012 terdapat kos penghantaran RM5 sahaja untuk penghantaran di sekitar Pulau Labuan, Jika tidak mahu, anda boleh memilih untuk mengambil coklat di rumah kami sahaja iaitu di Taman Layang-Layangan..alamat rumah kami akan beri kemudian...HARAP MAKLUM..terima kasih

Sewaan Chocolate Fountain


1. Sewaan mesin coklat : RM100/sehari.
2. Refundable deposit : RM150 yang akan dikembalikan jika mesin akan dipulangkan berkeadaan baik, motor berfungsi baik, auger dan tower tidak remuk dan patah.
3. Belian coklat dip : RM50/kg

**Kami menyediakan mesin coklat 3 tingkat yang memerlukan 2kg coklat untuk menghasilkan pancuran coklat yang penuh dan menarik.

Ayuh buat tempahan sekarang, tetamu anda pasti teruja!

"Chocolate Fountain yang pertama seumpamanya di Labuan..."

Sunday, December 25, 2011

Tempahan doorgift untuk majlis perkahwinan Ainnur

Alhamdulillah, sahabat kami dari UMSKAL menempah oreo chocs edible image gambar mereka sendiri sebanyak 100 box. terima kasih

Saturday, December 10, 2011

Alhamdulillah...terima kasih semua!

Ambil berkat hari Jumaat 9 Disember 2011 akhirnya kami berjaya mendaftarkan perniagaan coklat dengan nama Chocoladenz Resources (LA0009787-A) di SSM Labuan.

Terima kasih Allah, restu mak ayah, keluarga dan pelanggan Chocoladenz membuatkan kami bersemangat dan seronok menambah rezeki dalam perniagaan coklat ini, Alhamdulillah...

Tentu sekali kami tidak lupa pada guru coklat kami kak Nowwa, terima kasih banyak-banyak.

Thursday, December 8, 2011

chocolate gift beg for cikgu Afizah

Amboi, speaking london pulak hari ini, ;) Kali ni tempahan untuk cikgu Afizah, bekas guru SK Rancha-Rancha, Labuan yang dapat bertukar ke Pulau Pinang, tahniah cikgu.

Cikgu Afizah memang pelanggan setia kami, dan selalu datang rumah ambil mangga..;) Kali ini beliau telah buat tempahan coklat untuk dibawa pulang ke kampung halaman, sayonara cikgu..semoga kita berjumpa lagi, InsyaAllah.

Wednesday, December 7, 2011

tempahan dari Scha, tanjung aru

Alhamdulillah, kami menerima tempahan dari pelbagai kawasan di Labuan, kali ini dari kawasan Tanjung Aru, berhampiran Lapangan Terbang Labuan. Memang seronok jika melihat kapal terbang berlepas dan mendarat disini,terasa ia hampir sangat diatas kepala.

Ok berbalik kepada Scha, seorang gadis manis 17 membuat tempahan coklat untuk teman istimewa.Semoga perhubungan berakhir dengan perkahwinan, InsyaAllah.


Tuesday, December 6, 2011

Facebook dan tempahan pelanggan

Maaf lama tak update blog kerana aktif update di facebook, anda boleh add kami 'chocoladenz venture' di facebook ye, :)

Alhamdulillah chocoladenz semakin dikenali di Labuan khasnya di UMSKAL. Kami telah melantik ejen khas iaitu adik Huda untuk memasarkan produk kami di UMSKAL.

Pemasaran melalui FB adalah amat memberangsangkan, baru-baru ini kami menerima tempahan dari rakan baru FB Dyanna Erry dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Labuan, Tema "friends forever", terima kasih.

Alhamdulillah....